Perbincangan topik kehidupan politik Ali ibn Abi Talib lebih banyak menjurus kepada tercetusnya pemberontakan dan perpecahan umat kepada beberapa puak. Fenomena yang signifikan pada zaman pemerintahan Ali sedikit sebanyak telah menyebabkan nilai-nilai jati diri khalifah tersebut sebagai pemimpin diabaikan. Bertitik-tolak dari hakikat ini, artikel ini cuba menyerlahkan keperibadian Ali semasa pemerintahannya bersumberkan riwayat-riwayat yang memenuhi kriteria untuk dijadikan landasan. Riwayatriwayat ini telah memberi gambaran Ali ibn Abi Talib sebagai pemimpin yang mempunyai nilai keilmuan yang tinggi. Ia juga menonjolkan keperibadian Ali sebagai khalifah di dalam menangani masalah pemberontakan sekaligus sikap segelintir yang terlalu mengagungkannya. Ali adalah seorang pemimpin yang sangat berwibawa dan telus yang mana patut dicontohi oleh mereka yang memegang mandat kepimpinan.
Purchase
Buy instant access (PDF download and unlimited online access):
Institutional Login
Log in with Open Athens, Shibboleth, or your institutional credentials
Personal login
Log in with your brill.com account
All Time | Past 365 days | Past 30 Days | |
---|---|---|---|
Abstract Views | 1012 | 511 | 19 |
Full Text Views | 124 | 6 | 0 |
PDF Views & Downloads | 26 | 3 | 0 |